percaya pasangan berapa peratus?

assalamualaikum..
topik ari ni, nak tanya la..korang percaya pasangan korang berapa peratus?boleh ke kita bagi kepercayaan pd pasangan kita masing2 100%..bagi aku x boleh kot..tambah2 lagi yang da ada sejarah..sejarah mungkin berulang..tapi x boleh jugak nak kontrol sangat..sebab takut nanti pasangan tu rimas plak..tambah2 lagi lelaki. laki ni kita x boleh nak kongkong2 sangat..nanti lagi kita kongkong lagi menjadi..tapi bagi aku la..kalu kita rasa was2 pada pasangan kita..apa salahnya kita berterus terang tanya..dengar sendiri dari mulut dia..walau apa pun alasannya..nak percaya ke x, terserahla pada diri individu tu masing2..

perlu ke isteri/ suami cek henfon pasangan masing2?benda ni sebenarnya x perlu..sebab pasangan kita tu pun bukannya bodoh..klu betul dia ada skandal lain..dah tentu2 awal2 dah tukar nama..yang zakiah jadi zack..yang emi jadi remy ke..mana tau kan..tapi bila baca msg yg si remy tu "hai abg..thanks sebab anta ayg blik td..love u so much!mmuahh"hahaha...kantoi sudah..jadi benda ni sebenarnya terletak pada diri sendiri..kalau sayangkan anak bini/ anak laki and masih fikir tanggungjawab terhadap keluarga..benda ni semua takkan terjadi..yang penting keimanan dalam diri lah untuk membendung segala perbuatan jahat and nafsu yang tak terkawal tu..

ya..laki memang boleh kahwin lebih dari satu malah sampai empat pun..tapi kalau yang seorang pun tak boleh nak tanggung dah dengan anak2 lagi..hutang pun keliling pinggang..atau pun masih mengharap wang ihsan dari isteri yang bekerja..mana la pergi nya tanggungjawab lelaki tu ye.memang la si isteri mulanya ikhlas nak membantu..ringan2kan beban suami..tapi kalu sampai semuanya urusan anak rumah dah mengharap kan pada isteri..masih ada hati lagi nak pasang skandal?ada pulak duit kau ye..yang si bini plk tiap2 thun pregnant..katanya alasan ada masalah ngan isteri..sbb tu cari lain tp blih si isteri tu tiap2 thun pregnant..nampak sangat kat mana yang bermasalahnya tu kan..camon la..jangan la terlalu menurutkan nafsu..bertindak la secara rasional..bila si isteri ugut nak cerai..barula minta maaf dan janji xkan ulangi perangai lama..tapi boleh percaya ke..boleh la sekejap..seminggu dua..lepas2 tu blik ke perangai lama..sampai bila la isteri ni boleh bertahan ye.. tapi kita x boleh terus menghukum si suami kerana mungkin benar dah berubah..tak banyak pun sikit la..jadi kena bagi peluang juga pada suami untuk membetulkan diri dia, bagi support dan jangan memanjang je nak berleter atau cepat cari kesalahan dia kan..bagi peluang dan ruang

ok lah..dah terpanjang plak entri ni..mAafkan la kalau ada2 yang terasa atau panas bila baca entri ku ini. Tak ada niat nak tujukan pada sesiapa pun..saja untuk renungan dan berkongsi pandangan..ok jumpa lagi lain kali


0 comments:

Post a Comment

Hakcipta Terpelihara

DILARANG MENCETAK ROMPAK APA2 YG TERKANDUNG DI BLOG INI TANPA KEIZINAN.